Posts

#23 older entries

Image
.......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................…

Pengalaman pemilihan akhir Parajurit Muda Wanita

Jumaat 16 November 2012Gugup rasa hari ini. Bangun pagi 6.00am tapi tak bangun terus. Termenung. Last-last 7.00am jugak geraknya.
Sampai ke Kem Mahkota Kluang 7.45am. Nasib baiklah sempat.
Tiba je sana, hati ku sayu gila. Sangat sayu sebab semua orang dengan parents dorang. Cuma aku saja yang membawa motor kesorangan tanpa ibu bapa. Hmmmm so kayyyMasa didewan serahkan semua dokumen yang diminta. Sususn rapi kemas kini dokumenku. Tapi ada satu masalah sebab salinan transkrip tiada, aku tak prepare sebab dkt borang itu dia tak mintak. Tup tup nak pulak. Hmmmm so kayy too.Selesai semua didewan, untuk kali pertama kami disuruh naik trak askar 3tan dibelakang. Berhimpit-himpit kami duduk ramai2. Syokk juga rasa. Muka-muka ketat memasing. Kami menuju ke klinik kesihatan disitu.Seramai berapa orang tak pasti tapi yang pasti kami dibahangikan dua kumpulan dalam satu trak itu. Kumpulan aku ke tempat pemeriksaan ujian air kencing. Tak kisah dan tidak perlu risau pasal ujian ini tapi yang aku seg…

Dua kali wayang

Image
Untuk cerita Melayu sahaja. Ku memang support filem tempatan. Filem yang ku tengok sampai dua kali ke panggung.

Antaranya:

1) Hikayat Merong Mahawangsa. 
Filem ini dikatakan menelan belanja yang agak tinggi iaitu sebanyak RM8 juta dan diarahkan oleh Yusri KRU dan diterbitkan oleh KRU Studios. Pelakon yang membintangi filem ini ialah Stephen Rahman Hughes, Dato’ Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Jehan Miskin, Nellie Ng, Umie Aida, Acong, Maya Karin dan Mano Maniam.

2) 29 Februari
Filem 29 Februari ini mengisahkan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat, 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia empat tahun sekali. Fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap kecacatan dialaminya sebagai sumpahan. Ia sebenarnya anugerah buat Budi yang melalui era transformasi Tanah Melayu kepada Malaya dan seterusnya Malaysia. KRU Studios menampilkan lakonan hebat Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz, Namron, Wan Hanafi Su dan Dian P Ramlee.
Secara jujurnya ku meman…

Bisikan hati

Lampu terang yang hanya menyerlah 
Haus dan lusuh wajah sekarang
Cuaca juga membuktikan tidak baik
Penentuan yang tidak disedari
Bila besi sudah pun bengkok jangan harap ia akan lurus selurusnya
Senyuman cuma digunakan untuk mengiringi percakapan
Sekarang mulut hanya tahu berkerut pahit
Membawa harapan dengan keadaan yang membunuh
Menari dikepala untuk mengalahkan jiwa
Memastikan hatinya dikunci 
Untuk merasakan selamanya terikat.

Namun ........................apakan daya........................Bisikan hati...............................membawa ke sanubari........

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 27

Image
30 Lagu yang tersenarai. Lagu bakal berentap bagi menempa nama ke pentas Anugerah Juara Lagu 27 yang bakal berlangsung pada 6 Januari 2013.Berikut merupakan senarai 30 lagu-lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik ke-27.

1. Kasanova Artis : Stacy Komposer : Edry Abdul Halim Penulis Lirik : Edry Abdul Halim 
2. Sesaat Kau Datang Artis : Ramlah Ram & Sleeq Komposer : ID Mifzal Penulis Lirik : Zie Syafruddin 3. Tanpamu Artis, Komposer, Penulis Lirik : Amir Jahari
4. Watak Artis :Hafiz Komposer : Aidit Alfian Penulis Lirik : AD Samad
5. Angkasa Artis, Komposer, Penulis Lirik : Diandra Arjunaidi
6. Ombak Rindu Artis : Hafiz dan Adira Komposer, Penulis Lirik : Zaidi
7. Patah Seribu Artis, Komposer, Penulis Lirik : Shila Amzah
8. Tapi Bagaimana Artis : Spider Komposer : Tam Spider Penulis Lirik : M.Nasir

Orang Johor dan Telor Pindang

Image
Telur pindang yang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutamaan di Negeri Johor. Ia merupakan telur yang direbus dalam air herba selama beberapa hari.

Telur pidang dikatakan tahan sehingga dua minggu atau lebih. Dengan itu, ia merupakan bekalan perjalanan pedagang pada masa dahulu.

Telur pindang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa dan warna yang unik. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya,
Bagi kebanyakan masyarakat Melayu Johor yang masih lagi mengekalkan warisan dan adat keturunan, penggunaan telur pindang masih lagi kelihatan meluas terutamanya di dalam majlis perkahwinan. Namun, sekarang, bukan sahaja di majlis-majlis perkahwinan, malah di majlis cukur jambul, pertunangan, majlis menyambut orang kenamaan dan sebagainya, telur pindang dijadikan sebagai cenderahati disamping makanan / cenderahati yang lain (doorgift).
Bagi majlis perkahwinan, telur pindang dijadikan sebagai isian di dalam bekas bunga telur/bunga paha…

Pengalaman ditemuduga

Saja berkongsi. Cerita bulan lepas 18Sept2012.
Mendapat surat temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29. (SPAJ) Tempat temuduga di Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail.
Hanya 4org saja calon temuduga tapi aku yang paling muda yang lain semua berusia 27tahun. Dan aku orang yang pertama calon ditemuduga. Huh! Jantung aku terus tergantung. Diberitahu masa calon ditemuduga selama 30 minit. Cukup lama dah aku rasa.
Dah masuk dalam beri salam semua. Disuruh baru duduk. Senyum.
Permulaan biasalah perkenalkan diri kita. Dah kenal so teruskan
Beralih kepada soalan bab-bab agama. Sebab SPAJ mementingkan agama, di Johor mempunyai darjah khas. Jika ada yang itu maka bonus utk kita. Aku sudah memilikinya tapi itu bukan lesen utama.
Antara soalan yg aku ingat : Sila baca surah Al-fatihah. Mengucap dua kalimah syahadah dan ertinya? Sebutkan Rukun Islam dan Rukun Iman? Tentang puasa, masa bila boleh puasa dan masa tidak boleh? Sebutkan puasa sunat dan wajib yg ada? Siapa dan bagaim…