Orang Johor dan Telor Pindang

Proses membuat Telur Pindang
Telur pindang yang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutamaan di Negeri Johor. Ia merupakan telur yang direbus dalam air herba selama beberapa hari.

Telur pidang dikatakan tahan sehingga dua minggu atau lebih. Dengan itu, ia merupakan bekalan perjalanan pedagang pada masa dahulu.


Telur pindang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa dan warna yang unik. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya,
Bagi kebanyakan masyarakat Melayu Johor yang masih lagi mengekalkan warisan dan adat keturunan, penggunaan telur pindang masih lagi kelihatan meluas terutamanya di dalam majlis perkahwinan. Namun, sekarang, bukan sahaja di majlis-majlis perkahwinan, malah di majlis cukur jambul, pertunangan, majlis menyambut orang kenamaan dan sebagainya, telur pindang dijadikan sebagai cenderahati disamping makanan / cenderahati yang lain (doorgift).
Bagi majlis perkahwinan, telur pindang dijadikan sebagai isian di dalam bekas bunga telur/bunga pahar, dijadikan sebagai bahan hantaran pengantin @ diisikan di dalam beg kertas kemudian diberikan kepada para tetamu yang hadir sebagai tanda ucapan terima kasih.
Pemberian telur pindang dianggap berbeza kerana cara penyediaannya yang agak rumit. Namun, tidak salah bukan seandainya warisan ini diteruskan oleh anak-anak muda kita di dalam majlis mereka? Jikalau mereka berkahwin dengan lelaki/perempuan dari negeri lain, bukankah ini salah satu cara kita mengajar dan menunjukkan adat warisan Negeri Johor :)
Hanya berkongsi : Diambil di halaman : 

Persatuan Bangsa Johor

Comments

Popular Posts