Ini bukan masalah
Jika mata tidak boleh dilelapkan fikiran sedang bersepah dengan keadaan. Menyesal dengan tindakan semalam , tapi mungkin menyesal itu sekejap saja. Esok lusa pasti diulangi.
Arghhh aku nak berubah. Nak berubah. Sama saja. Mana perubahan yang hendak dilakukan itu? Persoalan pada diri. Sukar sekali.
Tentang apa yang kita rasa tentang apa yang kita lalui , orang hanya memandang di sudut luaran sahaja. Tabiat mencerita perihal orang lain.
Tulisanku ini mungkin boleh mengurangkan apa beban mata. Dapat tidur lena kemudian bangun dan reda.
Ini bukan masalah cuma keadaan yang sentiasa berubah.
Tempuh dan lalui.
Selamat berpuasa. Selamat bersahur. Selamat berbuka. (tidak terlambat rasanya untuk memberi ucapan selamat)
Comments