Paku dulang paku serpih

Maksudnya? “Orang yang mengata dia yang lebih”

Ya tepat sekali bagi yang betul. Saya tak kata saya tak lebih. Memang ada manusia yang bersikap sebegitu. Saya tak kata saya bagus dan tak kata tak pernah mengata orang semua. Bukan!! Saya ingin menyampaikan mesej terpendam dihati sahaja. Kurang selesa dengan orang sebegini. Kalau diberikan pilihan Starfish or selfish? Yang mana satu korang pilih. Saya memilih tapak sulaiman.

Tak perlu nak membusukan orang lain. Lihat diri sendiri. Walaupun setiap kali setiap hari diherdik sekali pun. Kekadang kita rasa bisa dengan apa yang orang kata. Tumpah air mata pun tidak perasan. Itulah asam garam kehidupan.

Bila mereka complain mengenai fizikal kita mungkin dia juga complain dengan maha pencipta. Jadi beringat. Berfikir bila bercakap. InsyaAllah peringtan diri sendiri juga. Manusia-manusiawi. Allah sentiasa ada.

Comments

Popular Posts