Pengalaman ditemuduga
Saja berkongsi. Cerita bulan lepas 18Sept2012.
Mendapat surat temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29. (SPAJ)
Tempat temuduga di Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail.
Hanya 4org saja calon temuduga tapi aku yang paling muda yang lain semua berusia 27tahun. Dan aku orang yang pertama calon ditemuduga. Huh! Jantung aku terus tergantung. Diberitahu masa calon ditemuduga selama 30 minit. Cukup lama dah aku rasa.
Dah masuk dalam beri salam semua. Disuruh baru duduk. Senyum.
Permulaan biasalah perkenalkan diri kita. Dah kenal so teruskan
Beralih kepada soalan bab-bab agama.
Sebab SPAJ mementingkan agama, di Johor mempunyai darjah khas. Jika ada yang itu maka bonus utk kita. Aku sudah memilikinya tapi itu bukan lesen utama.
- Antara soalan yg aku ingat : Sila baca surah Al-fatihah. Mengucap dua kalimah syahadah dan ertinya? Sebutkan Rukun Islam dan Rukun Iman? Tentang puasa, masa bila boleh puasa dan masa tidak boleh? Sebutkan puasa sunat dan wajib yg ada? Siapa dan bagaimana utk gantikan puasa? Wajib ke tak? Maksud solat jamak? Senaraikan jamak yang kita tahu? Pernah buat ke tak dan bagaimana solat jamak tersebut? Jamak Qassar, Takdim , Takhir macam mana lakukannya? Ketika bila dan waktu yang sesuai utk lakukan solat Jamak? Sebutkan nama suci Al-Quran? ......................................... Ini soalan yang ditujukan. Baru bab agama -__- dah berapa banyak? Hmm renung2kan ;)
Tiba soalan berkaitan IT.
- Apakah maksud BIOS?
- Pernah buka CPU ke tak? Apa minyak yg digunakan antara kipas?
- Apa itu Java? Bagaimana gunakannya?
- Pandai buat web? Terangkan cara2nya
- Apa Microsoft untuk media?
- Apa nama wifi TM yg terbaru skg? Berapa kelajuannya?
Dan itu saja aku ingat. Terlalu banyak aku pon leka menjawab walaupun banyak yang gagap. Takpelah. Aku dah mencuba dan aku berserah. Jika ini rezeki aku Alahamdulillah tapi jika tidak, tidak mengapa. Rezeki orang lain :) Syukur
Berkongsi kebaikan, jika suatu hari anda dipanggil temuduga ni jadikan ini sebagai rujukan saja sebab soalan barang kali tidak akan sama sebijik. Hanya cerita dan menulis berdasarkan pengalaman. Sekian Terima Kasih :)
Untuk pengetahuan kalian tempuh masa aku ditemuduga selama 45minit++. Hurm
Comments