Pengalaman pemilihan akhir Parajurit Muda Wanita

Jumaat 16 November 2012

Gugup rasa hari ini. Bangun pagi 6.00am tapi tak bangun terus. Termenung. Last-last 7.00am jugak geraknya.
Sampai ke Kem Mahkota Kluang 7.45am. Nasib baiklah sempat.

Tiba je sana, hati ku sayu gila. Sangat sayu sebab semua orang dengan parents dorang. Cuma aku saja yang membawa motor kesorangan tanpa ibu bapa. Hmmmm so kayyy

Masa didewan serahkan semua dokumen yang diminta. Sususn rapi kemas kini dokumenku. Tapi ada satu masalah sebab salinan transkrip tiada, aku tak prepare sebab dkt borang itu dia tak mintak. Tup tup nak pulak. Hmmmm so kayy too.

Selesai semua didewan, untuk kali pertama kami disuruh naik trak askar 3tan dibelakang. Berhimpit-himpit kami duduk ramai2. Syokk juga rasa. Muka-muka ketat memasing. Kami menuju ke klinik kesihatan disitu.

Seramai berapa orang tak pasti tapi yang pasti kami dibahangikan dua kumpulan dalam satu trak itu. Kumpulan aku ke tempat pemeriksaan ujian air kencing. Tak kisah dan tidak perlu risau pasal ujian ini tapi yang aku segan sebab time nak kencing tu pegawai bertugas tengokkan. Dorang ingat kita nak letak air paip dalam air kencing tu. Hahhh malu tahap 3.

Dah selesai, sekali kena gelak pulak dengan pengawai sebab penuh sangat air kencing tuh. hahahaha malu tahap 4 pula. Siap perli boleh buat teh oo lagi.

Bergegas untuk timbang berat,tinggi,BMI,penglihatan,rabun warna,pendengaran, dan check darah. Alhamdulillah setakat itu semuanya lepas.

Saat mendebarkan bila tiba check dengan doktor sebab dia yang menentukan untuk ujian seterusnya. Bila nama ku dipanggil, doktor ckp semua ok,cuma dia pelik kt aku apesal ada diploma IT tak cari kerja mengenai tu. Terkesima pula. Tiada rezeki Puan :(

Sebab itu saya cuba masuk askar. Ok dah jangan buat sedih jom kita pergi check buasir. Buasirrr?? (muka terkejut).

Doktor: Awak baring dulu dkt katil. (Doktor perempuan ok). Baring lama juga la menunggu doktor. Bila doktor dh sampai dia ckp dia nak buka baju,buka seluar sebab nak check perut,buah dada dan punggung. Ouchhhhhh yang ini malu tahap bertahap. Payah nak cerita. hahahah errrr

Kemudian check gigi pula. Mudah yang itu, jadi lepas juga. Dibagi makan sarapan+makan tengahhari roti kacang dengan mee hun masin+air nescafe. Punyalah lama habis juga ditelan. Sambung makan lagi lauk ikan,daging,sayur terung, air jarang, buah limau. Hakhak tak selera

Naik trak lagi ke dewan untuk ujian lisan. Buat rileks je ujian ni sebab banyak yang cerita kena buat esei la karangan la itu la ini la. aku ignore je sebab benda kita tak tahu dan tak pasti kan. Last2 ujian psikologi dan ujian IQ minda. agak payah juga la ada bab math, sambung ayat, bina ayat, lagi guna psikologi lagi. Yang paling pelik bila soalan ini Kalau GEMBALA jadi LEMBAGA, kalau 751247899341 jadi _____________________? haa sila jawab

Part paling gerun adalah ujian jasmani. Aku paling kecut dan semput bila bab lari. 2.4km dengan masa 15minit. Amacam? Bangkit tubi 21 kali dalam masa 2minit? Heavy untuk wanita sebanyak 11kali? Lompat berdiri kena lebih 1.51m? Alhamdulillah aku lepas semua ujian tersebut. Senyum panjang.

Akhirnya sekali bagi semua dokumen kesihatan dan xray kepada pegawai kemudian baru boleh pulak. Jam 7.00pm balik sampai rumah 8.00pm. Kebas punggung dengan motor kemetut itu.

Keputusan tunggu sajalah bila surat sampai lagi. Harap dapat :) sekian

Comments

amirah said…
ni utk pmilihan akhr ATM ke?
wish my freand gud luck...
taukeh said…
ada tak rekrut wanita yang diperiksa doktor lelaki?
fadhillah said…
ujian iq tu susah x??
fadhillah said…
dapat x??ujian iq tu susa x??
Khairil fitri said…
thx utk information .saya dpat bygkan.. coz sy kene hadir 14 ogos ni,,
hi tq for the sharing.can u share what type of question ask during iq test detaily..tq :-)

Popular posts from this blog

Kenapa timun menyebabkan keputihan

Hotel Pauh Inn , Perlis