Kelemahan yang masih lemah



Menaip bermula dengan tarikh disetiap pembuka kata.


Untuk apa?

Untuk otak aku sentiasa mengingat setiap peristiwa atau apa apa yang terjadi sama ada baik atau buruk atau positif atau negetif atau sebagainya. Senang cerita aku nak kata aku ni mudah lupa. Bukan aku nak kata melayu mudah lupa tetapi aku sahaja.

Itu satu kelemahan aku iaitu Lupa.
Ada banyak lagi. Banyak sangat. Dan sampai aku terlupa. Dan terlupa.

Semakin kita sering kali berkata lupa semakin menjadi. Seperti doa’. Tapi sudah kebiasaan kita. Nak tak biasa pon sudah liat
Aku akui. Iye kan ?

Lagi satu yakin , keyakinan. Lagi apa

Sejak dulu dari dulu hingga sekarang , sekarang ini. Aku sentiasa tiada pendirian tiada keyakinan. Kalau terlebih yakin itu pelik bagi aku.

Mungkin dengan kawan kawan yang rapat dengan aku tahu perangai aku. Itu kelemahan yang orang sekeliling nampak. Aku akan terketar-ketar.

Orang lain suka tertawa. Aku buat toya.

Akan ada masa yang tibatiba kita tak pasti apa yang sedang kita lakukan kerana apa yang kita paling harapkan , kita paling takkan dapat. Aku yang kurang keyakinan.


DSC_0695

Comments

Popular Posts