Aku sekarang yang kurang berkata-kata
Aku mula sedar kehidupan aku yang sudah berubah. Tiada lagi yang aku harapkan kepada seseorang. Aku kurang bercakap tidak seperti dulu. Kepala dan hati sahaja menjadi penyimpanan mulai saat ini.
Menjalani kehidupan memerlukaan kekuataan yang sangat kuat. Lagi-lagi kehidupan yang bermainkan perasaan. Walaumacam mana cilakanya kita jalani kehidupan kita itulah kehidupan. Aku perlu dan harus menjalani kehidupan dengan segala dugaan yang mendatang.
Tidak kisah dengan apa jua kata-kata orang , Allah sentiasa ada. Aku bersyukur. Aku percaya suatu hari nanti InsyaAllah berjaya. DenganNya aku redha. Semoga diberkati.
#senyum dimulut tidak bererti senyum dihati
Maaf.
Comments