Tiada Terfikir Terlintas

IMG_4795new

Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa perangsang

Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan

Bunga kembang bertali hati
Bunga kembang di puncak akli

Duri
Penjajahan cinta mu
Di atas bumi raga ku
Duri
Penjajahan cinta mu
Di bawah awan setuju
Adalah suatu pengalaman

Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa harapan

Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan

Engkaulah yang kini mekar
Dalam diri ku yang melankolia
Akulah simpang tersasar
Karam janji ku yang melankolia

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman pemilihan akhir Parajurit Muda Wanita

Kenapa timun menyebabkan keputihan

10 petanda hari kiamat, 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan ketiga di semenanjung Arab. -Sabda Nabi S.A.W