Aku cuma minah kilang.
Pengalaman kerja aku. Setiap kali kehadiran aku di setiap syarikat. Setakat ini ada 4 syarikat Sdn. Bhd yang aku pernah bekerja disitu. Tak kiralah berapa bulan aku sempat. Itu semua pengalaman. Pengalaman yang berlainan. Cuma yang sama air mata pasti akan mengalir. Dengan gelak kau boleh ketawa. Dengan maki kau boleh apa. Marah , maki , hina , perli , dan seumpamanya adalah asam garam semasa berkerja. Mungkin nasib anda tak senasib dengan saya. Nasib baik. Dan aku yang tidak bernasib baik
Macam sekarang aku sudah pun bekerja tp kerja kilang. Kilang je. Memang kilang je kan. Tak boleh ke tahap diploma bidang IT kerja kilang jadi QC di kilang makanan ringan. Memang aku dipandang rendah. Iye, aku pon rasa begitu. Namun, jangan ingat kerja kilang senang la. Sampai sekarang aku tak boleh nak hafal jadual perkejaan aku. Banyak sangat peraturannya. Naik fed up la jugak. Bukan macam kilang kilang yang lain aku kerja. Lain sangat yang ini. Dah masuk seminggu kerja.
Hari ini kesalahan aku banyak juga. Budak baru kan nak buat macam mana. Aku sabar je dengan kerja ni sebelum dapat kerja yang lain. InsyaAllah. Doakan aku. Amin
Comments