Si Gadis Si Penjual Nasi Lemak & Laksa

Mula sem ni aku seorang peniaga/penjual nasi lemak & laksa di kamsis. Walaupun tidak dibenarkan meniaga di kamsis tp kami lakukan juga Smile

Demi sesuap nasi dan demi duit untuk penbelanjaan selama duduk di kamsis dengan pelbagai masalah/dugaan sem akhir ini, kami terpaksa membanting tulang untuk semua ini.

Suara kami dengan menjerit “nasi lemak , laksa” berulang kali setiap petang. Kami pergi bilik ke bilik, dan ketuk pintu setiap bilik. Dengan menggangu orang sedang tidur diwaktu petang. Kami juga merupakan “alarm” untuk mereka berjaga dari tidur untuk membeli penjualan kami (itu tujuan kami). Memaximumkan keuntungan. HAHA. terima kasih kepada semua yang membeli. Jasa mu amat ku hargai, semoga kalian semua dimurahkan rezeki. AMIN.

DSC_0715newDSC_0717new

Para-para penjual. Tarraaa ! Fad , Kak iza , Aima dan saya. Kami membahagi tugas untuk menjual blok situ dan blok sini. Ada dua group.

DSC_0719new

Laksa dengan beberapa bungkus yang lain. Sedap lazat enak

DSC_0720new

Walaupun kami tahu nasi lemak dilarang untuk menjual (dlm paper) takut budak budak berobesiti tp kami tetap akan jual. berpada-pada la ye. pandai makan pandai jaga Smile(boleh kawal dan kami mencari rezeki) Maaf, maaf, maaf (nabil maharajalawak)

DSC_0721new

Laksa perlis , telur separuh RM2.20

DSC_0722new

Nasi Lemak Ayam RM2.20 juga.

tak lebih tak kurang dua puluh sen itu hasil untung. TERIMA KASIH PELANGGAN. KAMI SAYANG AWAK SEMUA Open-mouthed smile

Comments