SAYANG - SAYANG's

Saturday, April 30, 2011

Novel dan Filem “OMBAK RINDU”

Pertama sekali aku sebenarnya terkejut bila lihat gambar dan tajuk pasal Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara dekat gua.com.my rupanya berlakon filem. hmm

Maya_Karin_Ombak_Rindu_default_588049392

Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Ombak Rindu merupakan adaptasi dari sebuah novel popular nukilan, Fauziah Ashari.

Filem Ombak Rindu (Unofficial Promo 1)
Filem Ombak Rindu (Unofficial Promo 2)

Novel Ombak Rindu - Fauziah Ashari

Walaupun aku tak minat membaca novel tp filem ini macam menarik minat aku Smile

ombak-rindu

Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Info : http://novelmalay.blogspot.com/2005/03/ombak-rindu-fauziah-ashari.html

6 comments:

naz xyzrine said...

wow ! sexy seksa .

naz xyzrine said...

wow ! sexy seksa .

paw/paw said...

maya karin AWWW ;P

aleen aiden said...

yeah!novel nih memang popular gak dulu.masa skolah dulu kwn duk sebuk main pass2 novel nih.heh~

aleen aiden said...

btw,header kamoo sgt cun!

paw/paw said...

aleen : yeah sy nk beli novel ni. hehe. try nak baca. thanx yer for header itu. hehe