The Memories Remain Vs Sedetik Lebih

Lagu "Sedetik Lebih" terpilih menjadi lagu tema filem epik Hikayat Merong Mahawangsa yang merupakan karya agung garapan Yusry Abd Halim. Lagu "Sedetik Lebih" nyanyian penyanyi terkenal, Anuar Zain.

Sedetik Lebih merupakan ciptaan sepenuhnya Edry Abd Halim yang telah dihasilkan untuk berada setara dengan kehebatan filemnya. Memilih Anuar Zain sebagai penyanyi lagu itu, ia dibuat berdasarkan karisma dan kredibilitinya sebagai penyanyi lelaki tersohor yang telah lama berkecimpung dalam industri muzik tanahair.

Lagu itu dirakamkan dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang bertajuk "The Memories Remain". Ia bertujuan untuk mempromosikan filem itu dan lagu tersebut ke peringkat antarabangsa.

"Sedetik Lebih" turut ditampilkan dalam bentuk klip video yang diarahkan oleh Yusry Abdul Halim. Ia membawa elemen cinta yang mendalam seorang kekasih kepada pasangannya yang kekal selama-lamanya sehingga ke akhir waktu.

Sedetik Lebih–Anuar Zain

Lirik "Sedetik Lebih"

Verse 1:

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Pre Chorus:

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

barulah terasa ku bernyawa

Chorus:

Kasihku...ku amat mencinta kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Verse 2:

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Trailer Hikayat Merong Mahawangsa

Comments

Cik Bib said…
o...sangat suka lagu ni. hehe..
vdeo klip dia pon cantek..rare.hehe...
paw/paw said…
oh samalah. hehe. best mendengar
lagu sgt best okey..sumpah, in love with this song!..=)
paw/paw said…
huhh. love you anuar zain. haha

Popular posts from this blog

Pengalaman pemilihan akhir Parajurit Muda Wanita

Kenapa timun menyebabkan keputihan

Hotel Pauh Inn , Perlis