RON97 naik 10 sen lagi

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

[Berita penuh menyusul]

Info : http://www.malaysiakini.com/news/155023

Malumat aku terimaa daripada 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower

Harga RON97 naik lagi 10 sen, naik sebanyak 40 sen sejak Nov 1.


Nov 2 - RM 2.15
Dec 1 - RM 2.30
Jan 1 - RM 2.40
Feb 1 - RM 2.50


Air naik di Johor, minyak pun naik.
Tenang menang (Jan 30), semua tak senang.
Lepas Merlimau (Mac 6), berapa harga mau?

Comments

Popular Posts