Zonjawa Nasi Ambeng !


Hari ini Khamis malam Jumaat kan
hari ini ada Yasinan (Bacaan Yasin)
kemudian ada juadah tersedia
bapak aku balik bawak bontrot *betul ke eja*
yg penting itu bukan bahasa lucah itu dikenali sebagai bekalan (tapaw makanan la)
kalau boleh nak taip bahasa jawa je semua haha
kang ada yang tak paham
kali ini rumah yang buat Yasinan menjamu Nasi Ambeng
:)


Nasi Ambeng

Nasi Ambeng merupakan salah satu warisan kesenian makanan bagi masyarakat malaysia keturunan jawa. Biasa dihidangkan untuk menjamu jemputan di dalam kenduri kesyukuran, arwah atau marhaban. Menu Nasi Ambeng mengandungi nasi putih dengan lauk ayam masak kicap, paru goreng, ikan goreng, tempe goreng , sambal goreng, serunding dan rempeyek. Biasanya dimakan 4 atau 5 orang bersama di dalam satu dulang.

info dr http://www.flickr.com/photos/myfifie/4853968734/sizes/l/in/photostream/

mahu tahu lagi mendalam pasal Nasi Ambeng?


JAWA : wes ngomong jowo sik ?
MELAYU : pandai cakap jawa ke ?

haha sedikit pengenalan yer
aku adalah orang jawa tp tak berapa pandai cakap sangat la
sitik-sitik (sikit-sikit) ajek :)
mak bapak aku keturunan jawa , mereka selalu jugak berbahasa jawa
bila nak ngumpat anak anaknya dorang guna bahasa itulah
kadang kadang ada yang paham dan buat buat paham je haha
okay cukup.

berbalik kpd Nasi Ambeng
kerap lagi dibuat oleh embah (nenek) aku bila bila ada kenduri
selalu yang ada mestilah Mee Goreng (WAJIB)
biasa diletak dlm talam (dulang) dan dimakan secara beramai ramai
bila dah makan berkongsi ni mestilah ada bahagian masing masing
seronok juga berebut rebut makanan HAHA

bagi yang tak biasa , sila biasa - biasakanlah
lagipun perkara macam ni boleh mengeratkan silaturrahim sesama kita :)

Comments