Saya persetujui pertunangan kamu Ashraf Muslim

Bersedih juga mula mula. cewahhh. takpe kami mendoakan kamu berdua. Redha. SmileTahniah dan semoga berbahagia.

image

Ashraf Muslim, Gambar Artis, Pelakon, Pertunangan Majlis pertunangan Ashraf dan Dayana telah berlangsung di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak pada jam 9.45 pagi 23 April 2011. Stesen televisyen TV9 turut mengadakan lintas langsung bagi memberi peluang kepada peminat melihat bakal isteri pelakon itu. Majlis pada 23 April itu dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan acara menyarung cincin. Ibu saudara Ashraf, Fatimah Azil menjadi wakil pihak lelaki bagi menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Dayana. Ini kerana ibu kepada pelakon ini sudah meninggal dunia.


Sebanyak tujuh dulang hantaran telah dihadiahkan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Pemberian ini dibalas dengan tujuh dulang. Antara barangan yang disertakan ialah set alat mekap, persalinan, sireh junjung, kek (dari Dayana) dan buah-buahan (dari Ashraf).


Pasangan ini bakal melangsungkan pernikahan di Tanah Suci Mekah pada 1 Syawal hadapan. Ashraf, Dayana dan sanak saudara akan berlepas ke Mekah pada 17 Ogos dan akan menghabiskan masa kira-kira dua minggu di sana. -Gua | gambar mStar, Murai, ManggaOnline

Sumber : http://www.lagubaru.net/v2/index.php?m=gosipp&id=gambar-pertunangan-ashraf-muslim-dayana.html

Comments

Popular Posts