Peperiksaan Akhir Hari Kedua

tumblr_ljpyvgXx3t1qenw12o1_500

Kertas hari ini iaitu tadi benda yang telah terjadi terjawab sebentar tadi di Dewan Harum Manis pada jam 2.30 petang hingga jam 4.30 jam.

Dalam masa dua jam memerah otak. Huh.

Memintal-mintal urat otak ini mahu bersambung ke sana dan ke mari (ku bayangkan)

Untuk memikirkan jawapan yang sebenar-benarnya, setepatnya. Aku inginkan yang terbaik daripada yang terbaik antara mereka-mereka di dalam dewan tadi.

TAPI

ada soalan yang boleh aku jawab tapi aku tak pasti adakah itu jawapan yang dicari ?

ada soalan yang tidak boleh aku jawab tapi aku cuba dan cuba dan cuba jawab untuk mengisi jawapannya, walaupun tak pasti.

soalan demi soalan, aku selak satu helaian demi satu helaian, aku baca setiap perkataan, lalu aku memikirkan jawapannya.

Bila dah tidak dapat juga, aku rasa hampa, hampa gila-gila. Aku baca nota dari malam ke malam ke subuh ke tengah tengahhari terus masuk ke dewan. hmmm. tapi aku tidak dapat buat dengan sebaik mungkin.

Soalan jawapan soalan jawapan.

Salah betul salah betul.

Hati aku tidak putus-putus berselawat agar diberi kekuatan untuk mengingat segala ilmu.

Bila pensyarah Network Security aku lalu sebelah depan belakang. Aku seolah-olah ingi memangil dia dan meminta dia jawapan sebenar. tapi itu ilusi hati peribadi saja.

SEKARANG

benda dah jadi, benda dah lepas, perkara sudah berlalu, hari kian ke hari. yang kita mampu sekarang ini adalah

TAWAKAL KEPADA ALLAH

MUDAH-MUDAHAN KAMI SEMUA LULUS DENGAN CEMERLANG.

mungkin saya kurang pandai cuma sekarang saya minta ingin LULUS *itu saja* YA ALLAH kau lembutkan hari penanda kertas periksa kami, agar mereka dapat memberi markah dengan setimpal. AMIN AMIN AMIN

Comments

paw/paw said…
hopefully, doakan ye ;p

Popular Posts