Jamuan Kecil-kecilan.
Aktiviti terbaru dikamsis. sementara tunggu paper seterusnya pd 28hb ni. selama 7hari ye dr tarikh skg. pulun stdy laa. #yeke.
Jadi kelapangan masa yang banyak ni, aku ambil kesempatan untuk meng”updates” laman ni.
Sebelum jamuan diadakan. sediakan makanan. makanan-makanannya adalah : satay (berapa cucuk tak ingat), keropok lekor (perisa blackpaper), tempura nudget (tak berapa nak tempura la), mee goreng (taktaw nama apa mee tu, dia ada nama).
sponsor makanan lebihan : agar-agar, ikan bakar, pau daging dan pau kaya. (sponsor daripada makcik dan pakcik iaitu tokey nasi lemak & laksa)
seorang dikenakan bayaran RM10.00. (ingat FREE) aihh. *masuk tandas pon kena bayar kan*
ada 6 orang je. jadilah. perut semua ada sparepart. okay wat
cubaan membuat abu api untuk membakar satay, testing pada apakebenda ntah benda leper-leper tuh. HAHA. lupa*. pakcik yang bg. dia kata benda tu dah lama. jadi bakar je. bukan boleh makan pon. tu yang saja bg hitam. heheh
ini dia satay yang seberapa cucuknya. hitam sikit sikit tu biasala.. alaa takkan tak biasa kan. #1st time. huahua.
seorang tukang bakar satay perlu hadapi dugaan asapnya. kuikui
kami bukan calang calang orangnya. kami bakar sampai masak isi dalamnya.
biar luar nampak buruk janji dalam sedap dimakan. belum cuba belum rasa tp sorry dah terlambat nak rasa dan cuba. semuanya habis sudah
kerepok lekor yang berperisakan blackpaper ataupun lada hitam *sama je*
kemudian, setelah chef pawpaw membakar *kita bakorrr je* satay dan dog-dog (hotdog / sosej), seterusnya kita perlu membakar beberapa ekor ikan yang perlu dimakan. hmm MARI MARI AAAAA
biarkan ikan melihat sisa sisa terakhirnya *dah mati dah pon*. biarkan kan dalam beberapa minit. belek sana belek sini. bubuh majarin ataupun minyak berserta serai untuk penambah apinya. hee
seekor ikan sudah masak. boleh AUMMMM dah.
membelek belek ikan yang lain pula.
selesai semuanya. ngeh ngeh. kalau ada air asam lagi sedap lagi enok kot.
seisi fotografi bersama pakcik, makcik dan anaknya dan kami berempat.
merehatkan diri dengan kayuhan. sebenarnya jakun dah lama tak bike bike ni.
bersedia dengan jamuannya. gambar jamuan takdapat disiarkan oleh kerana hal-hal tertentu. maklumlah buat kt bilik kalau kt luar kompom lawalawa kan.
Comments
:)