SAYANG - SAYANG's

Thursday, November 08, 2012

Dua kali wayang

Untuk cerita Melayu sahaja. Ku memang support filem tempatan. Filem yang ku tengok sampai dua kali ke panggung.

Antaranya:


1) Hikayat Merong Mahawangsa. 

Filem ini dikatakan menelan belanja yang agak tinggi iaitu sebanyak RM8 juta dan diarahkan oleh Yusri KRU dan diterbitkan oleh KRU Studios. Pelakon yang membintangi filem ini ialah Stephen Rahman Hughes, Dato’ Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Jehan Miskin, Nellie Ng, Umie Aida, Acong, Maya Karin dan Mano Maniam.


2) 29 Februari

Filem 29 Februari ini mengisahkan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat, 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia empat tahun sekali. Fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap kecacatan dialaminya sebagai sumpahan. Ia sebenarnya anugerah buat Budi yang melalui era transformasi Tanah Melayu kepada Malaya dan seterusnya Malaysia. KRU Studios menampilkan lakonan hebat Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz, Namron, Wan Hanafi Su dan Dian P Ramlee.

Secara jujurnya ku memang suka tengok filem kalau KRU yang bikin. Ohsem :)


3) Apa Celop Toqq

Filem terbaru arahan Ahmad Idham, Apa Celop Toqq sudah pun berada di pawagam bermula 25 Oktober lepas. Filem bergenre komedi romantik itu menampilkan Hazama Azmi, Azad Jazmin, Taiyuddin Bakar, Intan Ladyana, dan Hasnul Rahmat sebagai pelakon utama. 

Hazama seorang anak muda yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, melalui liku kehidupan bersama teman baiknya, Tapai. Hazama bekerja di bengkel membaiki motorsikal, sering bersama menghadapi karenah Tapai yang berhutang dengan samseng, Black, yang sering menganggu mereka, sehingga terlibat dalam pergaduhan.

Yang ini dua kali tengok sebab orang belanja. hahaha kbye

No comments: