SAYANG - SAYANG's

Sunday, October 16, 2011

Tip pengajaan skuter Icon

  • PENJAGAAN motosikal tidaklah begitu sukar. Ikuti jadual penjagaan
    dicadangkan pengeluar skuter, menggunakan pelincir dan alat ganti
    berkualiti dan sentuhan peribadi.
  • Amalkan memeriksa dan luangkan masa meneliti setiap bahagian skuter anda. Perbaiki sebarang kerosakan dan ketatkan skru longgar, jangan biarkan perkara kecil membesar dan mendatangkan masalah.
  • Periksa talisawat dan cuci habuk atau pasir yang ada untuk mengelakkan kehausan terlampau. Sentiasa bersihkan
    skuter anda dan letakkan di tempat teduh.
  • Kekotoran punca utama kerosakan enjin dan menjemur di bawah matahari terik mempunyai sinar lampu ungu (ultra-violet yang selalu disebut UV) boleh memendekkan hayat bahan plastik dan pendawaian.
  • Servis perlu dilakukan setiap 5,000 km perjalanan dan bukan setakat penukaran minyak pelincir serta penapis minyak saja.
  • Jarak yang dicadangkan pengeluar ialah 4,000-5,000 km penukaran terlalu awal hanya merugikan minyak pelincir yang masih boleh digunakan dari segi teori.
  • Penggunaan Shell VSX untuk skuter pilihan yang baik
    kerana kualiti Shell VSX adalah yang terbaik bagi rangkaian minyak
    pelincir Shell Advance.
  • Pelincir semi-sintetik ini mempunyai tahap kestabilan oksida yang lebih baik pada suhu operasi enjin yang tinggi dan ini menjamin prestasi serta perlindungan bagi enjin pada cuaca panas dan perjalanan jauh.
  • Servis dalam erti kata sebenar mencakupi pemeriksaan dan cucian elemen penapis udara atau setiap 10,000km disyorkan mencuci karburetor untuk membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk.
  • Penggantian palam pencucuh adalah disyorkan pada waktu ini. Pasangkan penapis bahan api jika belum ada. Lakukan juga pemeriksaan menyeluruh terhadap jentera anda seperti
    tahap kehausan pelapik brek dan sistem elektrikal.
  • Periksa air bateri selalu dan pastikan ia berada ditahap mencukupi seperti ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya.
  • Palam pencucuh pula perlu ditukar setiap 10,000 km untuk memastikan percikan api sentiasa berada dalam keadaan baik.
  • Periksa motosikal anda untuk mengenalpasti kerosakan kerosakan kecil yang lain sebelum ia merebak menjadi kerosakan lebih besar.
  • Sayangi motosikal anda dan cuba ambil masa untuk membersihkannya sendiri kerana ia membantu anda mengenal pasti kerosakan. Sentiasa pastikan setiap bahagian bergerak lancar dan dalam keadaan baik

No comments: